KUALA LUMPUR – Seorang sami diburu polis kerana disyaki mencabul seorang wanita di sebuah kuil di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor pada Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia 27 tahun berhubung kejadian itu kira=kira jam 8.15 malam 4 Julai lalu.
“Siasatan mendapati, suspek lelaki bertugas sebagai sami sementara bagi menggantikkan sami sebelum ini yang sedang berada di luar negara.
“Modus operandi suspek adalah memberikan mangsa air sembahyang dengan merenjis pada muka dan badan mangsa sebelum mencabul wanita itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 10 tahun atau denda atau dengan sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.
Sementara itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak mencetuskan isu perkauman atau sentiman keagamaan berhubung kejadian itu yang boleh menganggu keharmonian dan ketenteraman awam.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pengawai Penyiasat Inspektor B.Sathiyan di talian 013-2060771 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di talian 03-87774222,” jelasnya. – MalaysiaGazette
















