Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). Foto AIZAT ZAINAL, 25 APRIL 2025.

KUALA LUMPUR – Malaysia akan terus berbincang dengan Amerika Syarikat (AS) bagi menangani isu-isu yang belum selesai, memperjelas skop serta kesan tarif yang baharu diumumkan.

Usaha ini masih berterusan dan mencerminkan kesediaan Malaysia untuk mencapai tahap yang adil dan hasil yang mampan untuk kedua-dua pihak.

“Malaysia komited untuk meneruskan kerjasama dengan Amerika Syarikat demi mencapai satu perjanjian perdagangan yang seimbang, saling menguntungkan, dan menyeluruh.

“Walaupun kami mengakui kebimbangan yang dibangkitkan oleh AS mengenai ketidakseimbangan perdagangan dan akses pasaran, kami percaya penglibatan yang membina dan dialog kekal sebagai jalan terbaik ke hadapan,” kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri hari ini.

Kenyataan ini adalah respons MITI kepada pengumuman terbaharu AS berhubung kadar tarif 25% ke atas eksport Malaysia yang akan berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025.

Menurut MITI, Malaysia percaya kedua-dua pihak boleh mencari penyelesaian yang boleh diterima bersama demi memelihara menjaga kepentingan bersama sambil memastikan perdagangan dan pelaburan dua hala kekal kuasa positif untuk pembangunan ekonomi yang mampan.

Tegasnya, Kerajaan Malaysia tetap komited untuk melindungi kepentingan rakyat, perniagaan, pekerja dan pengguna, dan akan mengambil semua langkah yang perlu untuk mengurangkan kesannya daripada langkah-langkah baharu ini.

AS ialah rakan dagangan kedua terbesar Malaysia dan destinasi eksport terbesar, dengan jumlah keseluruhan perdagangan pada 2024 meningkat hampir 30% kepada RM324.9 bilion (AS$71.4 bilion).

Manakala eksport ke AS pula mencecah RM198.7 bilion (AS$43.7 bilion), manakala import meningkat kepada RM126.3 bilion (AS$27.7 bilion). – MalaysiaGazette

Trump kenakan 25% tarif ke atas Malaysia bermula 1 Ogos

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast