Nacho Mendez sah milik JDT.

KUALA LUMPUR – Bekas kapten Sporting Gijon, Nacho Mendez akhirnya melengkapkan perpindahannya ke Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi musim baharu Liga Malaysia yang bermula bulan depan.

Perpindahan pemain tengah berusia 27 tahun itu diumumkan pengurusan Harimau Selatan menerusi satu video di Johor Southern Tigers.

Pengumuman ini menyaksikan Mendez menjadi pemain JDT terbaru selepas Ibrahim Manusi, Antonio Glauder, Joao Figueiredo, Hector Hevel, Jon Irazabal, Jonathan Silva dan Jairo da Silva.

Sebelum menyertai JDT, Mendez merekodkan 218 penampilan, 17 gol dan 11 bantuan gol bersama Gijon.
Dia kemudiannya meninggalkan kelab LaLiga2 itu apabila kontraknya tamat pada 30 Jun lalu.

Perpindahan ini mengesahkan khabar angin media Sepanyol bahawa Mendez akan menyertai JDT sebagai ejen bebas.

Sebelum ini, namanya turut menjadi bualan peminat bola sepak Malaysia sejak beberapa hari lalu kerana Mendez dilaporkan dalam proses akhir mendapatkan kerakyatan Malaysia.

Sekiranya semua proses berjalan lancar, khidmatnya berpotensi dipanggil Peter Cklamovski untuk kempen CAFA Nations Cup pada penghujung Ogos ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast