Brenda Fan. Foto FB KL City.

KUALA LUMPUR – Pemain tengah KL City, Brendan Gan bakal membawa haluan apabila sah meninggalkan kelab ibu kota itu.

Perkara ini diumumkan menerusi suatu hantaran perpisahan oleh KL City di laman media sosial mereka.

Kelab itu turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Brendan Gan sebelum tonggak tengah berusia 37 tahun itu dikatakan akan memulakan perjalanan ke negara kelahirannya tidak lama lagi.

”Ketika Brendan Gan mulakan perjalanan baharu di Australia, kami ucapkan selamat maju jaya kepadanya dan siapa tahu, mungkin kisah ini akan bersambung ke satu lagi bab,” kata KL City.

Untuk rekod, Brendan Gan telah merekodkan 23 penampilan bersama KL City sejak tiba di awal musim lalu selain meledak empat gol dan juga melakukan empat bantuan jaringan buat skuad The City Boys.

Difahamkan Sutherland Sharks FC yang bermain dalam saingan Divisyen Dua Australia akan menjadi destinasi baharu yang juga  kelab zaman remajanya.

Sekiranya benar, Brendan akan bergandingan dengan Nick Sullivan dan Dylan Susovic bagi membantu Sharks menghadapi saingan National Premier League – New South Wales.

Sebagai rekod, Brendan mewakili skuad remaja Sharks dari 2000 hingga 2007 di mana dia turut mewakili skuad senior mereka pada 2008 sebelum ke Sydney FC.

Dia pernah berkhidmat selama hampir lima musim di Selangor sebelum menyertai KL City musim lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast