Rusdi Mohd Isa

KUALA LUMPUR – Sebuah pusat hiburan yang menawarkan perkhidmatan wanita pelayan pelanggan (GRO) bagi menarik pengungjung di Medan Imbi, di sini diserbu polis tengah malam tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, serbuan pada jam 12.30 tengah malam menerusi Op Hiburan Khas itu dijalankan hasil maklumat dan risikan berjaya menahan 145 pelayan serta pelanggan.

Serbuan itu dibuat oleh pasukan Jabatan Siasatan Siasatan Khas (D9) serta Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

“Ketika serbuan di pusat hiburan di tingkat satu sebuah bangunan perniagaan itu, kebanyakan sedang leka berhibur dengan 73 wanita GRO.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada tiga wanita tempatan, warga Thailand (52), Laos (6), masing-masing lima warga Vietnam dan Indonesia serta China (2) berusia antara 24 hingga 40 tahun.

“Pemeriksaan mendapati, 68 warga asing terbabit memiliki dokumen perjalanan sah namun didapati menyalahgunakan visa pelancong dengan bekerja di premis itu manakala dua orang lagi tidak memiliki dokumen sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, pihaknya turut menahan seorang wanita tempatan berusia 49 tahun mengaku sebagai penjaga premis bagi menyediakan pekerja wanita warga asing untuk menarik pelanggan.

“Semakan lanjut mendapati, pelanggan yang berminat untuk melanggan GRO mereka perlu membayar tip antara RM100 hinga RM500 dan pemeriksaan mendapati premis itu mempunyai lesen serta permit perniagaan yang sah,” jelasnya.

Beliau berkata kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk ujian saringan air kencing dan siasatan lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast