Logo Jabatan Pendaftaran Negara.

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengingatkan para ibu bapa tempoh daftar kelahiran di Semenanjung Malaysia adalah dalam 60 hari manakala di Sabah dan Sarawak pula 42 hari.

Jelasnya, pendaftaran kelahiran anak tidak boleh ditangguh lama-lama.

Ia kerana pendaftaran lewat kehadiran akan menyebabkan proses lebih rumit kerana memerlukan lebih banyak dokumen dan masa yang diambil lebih masa.

“Tak best kan? Jadi pesanan mesra buat ibu bapa, lagi cepat daftar, lagi mudah urusan dapatkan sijil lahir & MyKid untuk anak anda,” katanya menerusi media sosial

Oleh itu, untuk mengelak stress pada kemudian hari, ibu bapa diminta daftar awal kelahiran anak masing-masing demi masa depan mereka. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast