Foto FB FAM.

KUALA LUMPUR – Harimau Malaya berjaya melonjak enam anak tangga untuk berada di kedudukan ke-125 dunia dalam ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sekaligus menghampiri misi ntuk berada dalam kedudukan 120 pasukan terbaik dunia.

Kedudukan ranking itu yang terbaik dalam tempoh 19 tahun sejak kali terakhir berada pada kedudukan ke-125 dunia pada Februari 2006.

Perkembangan itu dikongsi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi satu hantaran di laman media sosialnya  hari ini.

Kejayaan itu dicapai hasil kemenangan besar 4-0 ke atas Vietnam pada Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada bulan lalu.

Berdasarkan penambahan 14.91 mata, skuad bimbingan Peter Cklamovksi kini menghimpun 1138.48 mata secara keseluruhan.

Lonjakan enam anak tangga itu menyaksikan Malaysia muncul pasukan dengan lonjakan anak tangga tertinggi di benua Asia selain Hong Kong yang turut mendaki enam anak tangga ke kedudukan ke-147 dunia.

Peningkatan kedudukan itu sudah pasti akan menjadi motivasi terbaik untuk skuad negara bagi mengharungi kempen Piala Negara-Negara Persatuan Bolasepak Asia Tengah (CAFA) 2025 bermula hujung bulan depan.

Sementara itu, musuh negara jiran, Indonesia pula melonjak lima anak tangga untuk berada di tangga ke-118 dunia.

Thailand pula turun tiga anak tangga (102) sementara Vietnam tergelincir empat anak tangga di kedudukan ke-113. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast