Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail

KUALA LUMPUR – Insiden helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terhempas berhampiran, Gelang Patah, Johor, pagi tadi, berlaku ketika pasukan itu sedang dalam latihan keselamatan serantau.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, pesawat berkenaan merupakan sebahagian daripada latihan amal pelbagai agensi sempena Nuclear Security Detection Exercise Malaysia -Indonesia- Thailand- Singapore 2025 (MITSATOM 2025).

Katanya, helikopter jenis AS3555N dengan nombor pendaftaran 9M-PHG berlepas dari Balai Polis Tanjung Kupang pada jam 9.51 pagi sebelum terhempas sekitar 10.25 pagi di kawasan Jeti Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Gelang Patah.

Foto tular yang menunjukkan keadaan helikopter milik PDRM yang terhempas di Gelang Patah, Johor, pagi tadi

Menurut beliau, pesawat tersebut membawa lima anggota PDRM yang terdiri daripada dua pegawai kanan dan tiga anggota.

Ia termasuk juruterbang dari Pasukan Gerakan Udara PDRM, Bukit Aman serta anggota dari Balai Polis Tanjung Kupang.

ARTIKEL BERKAITAN: https://malaysiagazette.com/2025/07/10/kemalangan-helikopter-pdrm-lima-mangsa-selamat-caam/

“Kesemua mangsa berjaya diselamatkan oleh Pasukan Polis Marin dan dibawa ke jeti APMM sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Foto tular yang menunjukkan serpihan bangkai helikopter milik PDRM yang terhempas di Gelang Patah, Johor, pagi tadi

“PDRM merakamkan penghargaan kepada semua agensi penyelamat yang terlibat termasuk APMM dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) atas tindakan pantas dan kerjasama yang diberikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Mohd. Khalid, sebagai langkah susulan, siasatan menyeluruh akan dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia, selaras dengan peruntukan Bahagian XXVI Peraturan Penerbangan Awam 2016. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast