Foto Nasi Kandar Sulaiman.

KUALA LUMPUR – Restoran Nasi Kandar Sulaiman mendedikasikan nasi kandar berseni sempena ulang tahun kelahiran ke-100 Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini.

Hidangan nasi yang berasal dari Pulau Pinang yang terkenal dengan pelbagai lauk-pauk dan kuah kari dihasilkan dengan bentuk nasi dengan angka 100 dan dihidangkan bersama kuah kari, cili dan telur masin.

“Ini dia kita buat tribute kepada Tun Mahathir yang hari ini telah mencecah umur 100 tahun. Rasanya satu-satunya bekas PM yang mencecah umur 100 tahun. Kita pacak empat cabai atas satu telur masin dan 7 cabai atas lagi satu telur masin.

“Tanda Tun pernah pegang jawatan PM yang ke 4 dan 7. Apa-apa pun semoga Tun Mahathir kita sentiasa dirahmati Allah,” tulis pengendalinya di Facebook hari ini.

Dr Mahathir yang merupakab bekas Perdana Menteri dua kali menyambut ulang tahun kelahiran ke-100 hari ini.

Negarawan itu turut mencipta rekod sebagai bekas Perdana Menteri tertua masih hidup.

Beliau dilahirkan pada 10 Julai 1925 di Kampung Seberang Perak, Alor Setar, Kedah pernah menjadi Perdana Menteri yang keempat pada 16 Julai 1981 iaitu paling lama mentadbir negara iaitu selama 22 tahun.

Pada 2018, setelah gabungan politik beliau memenangi Pilihan Raya Umum ke-14, Dr Mahathir dilantik sekali lagi sebagai Perdana Menteri yang ketujuh.

Meskipun beliau kini telah bersara daripada dunia politik, negarawan itu masih aktif memberikan pandangan dan kritikan pedas sama ada menerusi tulisan dan program bual bicara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast