Akaun video palsu dikesan memaparkan wajah dan suara YDPA menggunakan AI bagi tujuan menipu orang ramai. Foto FB Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR – Satu akaun video palsu di dalam Facebook yang dihasilkan menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) memaparkan wajah serta suara Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office) berkata, video berkenaan memaparkan suara dan wajah baginda kononnya berkaitan tawaran pelaburan yang menjanjikan keuntungan kepada orang ramai.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan akaun-akaun palsu ini yang sering digunakan oleh “scammers” untuk tujuan penipuan di Facebook serta platform media sosial lain.

“Royal Press Office juga ingin menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Tambahnya, tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang terlibat mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan. -MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast