Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana, di sini malam ini.

Pertemuan itu dipercayai bagi membincangkan isu semasa termasuk mengenai sidang Parlimen yang akan datang.

Terdahulu, kelihatan beberapa kenderaan pelbagai guna (MPV) mula memasuki pekarangan Kompleks Seri Perdana dengan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba pada jam 7.20 malam.

Ia disusuli oleh kenderaan yang membawa Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada jam 7.40 malam.

Pengamal media telah ‘berkampung’ sejak jam 7 malam bagi mengikuti perkembangan mengenai perjumpaan itu. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast