, Guam kaya dengan budaya Chamorro iaitu penduduk asli pulau itu yang mempunyai budaya dan bahasa yang unik sebagai sebahagian daripada identiti pulau itu.

GUAM – Bagi mereka yang gemar bercuti di pulau yang terletak di tepian pantai digabungkan dengan pemandangan lepas bebas dari laut, Guam adalah jawapan yang tepat.

Biar pun barangkali tidak sepopular seperti Pulau Hawaii, wilayah milik Amerika Syarikat (AS) itu tetap menjajikan satu pengalaman percutian unik untuk pengunjung tidak kira berkeluarga, berpasangan dan juga pelanggan korporat.

Seperti berada di sebuah pulau terasing, privasi tetapi cukup eksklusif dengan keluasan hanya sekitar 544 kilometer persegi.

Faktor geografi itu akan membuatkan pengunjung tidak mahu melepaskan masa melihat pemandangan indah ketika matahari terbit dan juga terbenam semua akan tertumpu menunggu saat tersebut.

Bayangkan pantai yang tenang dan tidak berombak yang cukup tenang dan mempesonakan dari pasir putih dan air laut jernih kebiruan.

Bayangkan pantai tenang dan tidak berombak yang cukup tenang dan mempesonakan dari pasir putih dan air laut jernih kebiruan. Bagi yang suka menyelam, di sini syurga buat mereka.

Daripada segi cuaca, usah risau kerana iklim pulau ini adalah tropika lembap dengan dua musim kering dan musim hujan menjadikan Guam destinasi percutian yang boleh dikunjungi sepanjang tahun.

Guam juga menawarkan ekpedisi ke sungai untuk melihat hutan rimba yang belum lagi tercemar buat pencinta alam selain aktiviti menunggang ATV dalam hutan adalah yang menyeronokkan dan mencabar untuk menikmati keindahan alam semula jadi melibatkan meneroka denai hutan.

Kunjungan MalaysiaGazette ke Guam baru-baru ini turut berjaya beberapa keunikan dengan menawarkan destinasi pelancongan popular menerusi tarikan dan tarikan sejarah.

aktiviti menunggang ATV dalam hutan adalah yang menyeronokkan dan mencabar.

Di pulau itu, Hagatna menjadi bandar utama pulau itu yang kaya dengan elemen sejarah manakala Tumon menjadikan sebagai pusat pelancongan dengan deretan hotel mewah, pusat beli-belah bebas cukai, restoran antarabangsa serta pantai yang memukau.

Berada dalam Kepulauan Mariana dan di selatan rantau Micronesia, satu pertiga Guam merupakan pangkalan tentera AS dan kepentingan pertahanannya termasuk Pangkalan Tentera Udara Andersen dan Pangkalan Laut Apra Harbor.

Justeru sudah pasti pulau ini menggunakan dolar Amerika sebagai mata wang rasmi dan beroperasi di bawah sistem perundangan dan keselamatan AS walaupun berada jauh dari tanah besar negara itu.

Guam terletak di Lautan Pasifik.

Menerokai sejarah, Guam terkenal dengan budaya Chamorro iaitu penduduk asli pulau itu yang mempunyai budaya dan bahasa yang unik sebagai sebahagian daripada identiti pulau ini memainkan peranan penting dalam sejarah Perang Dunia Kedua apabila pernah dijajah Jepun.

Selain itu, komuniti Filipina pula merupakan kumpulan kedua terbesar, diikuti oleh warga Micronesia dari pulau-pulau jiran serta keturunan Jepun, Korea dan Amerika yang mewakili jumlah penduduk Guam ketika ini dianggarkan mencecah 169,000 orang.

Yang pasti, pulau ini bersatu dalam keunikan dunia luar biasa menerusi tradisi, sejarah dan kemodenan yang tidak terlalu pesat.

Di Guam, mereka iaitu golongan peminat sejarah dan budaya, pencinta alam semula jadi dan tepian pantai pasti bertemu kerana pulau ini bukan sekadar percutian destinasi biasa-biasa.

Untuk ke sana, Philippine Airlines menawarkan penerbangan Kuala Lumpur ke Guam dan transit di Manila dengan memberikan tawaran istimewa tiket serendah RM1,950.00 tidak termasuk cukai. – MalaysiaGazette

Guam bersatu dalam keunikan dunia luar biasa menerusi tradisi, sejarah dan kemodenan yang tidak terlalu pesat.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast