BENTONG – Polis kini membuka dua kertas siasatan berhubung kes pergaduhan sekumpulan lelaki du Sky Avenue di Genting Highlands dekat sini hari ini.

Ketua Polis Bentong, superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, ia susulan kes berkenaan telah tular dan pihaknya mengesahkan telah menerima dua laporan polis berkaitan insiden itu.

“Pada 10 Julai lalu, sebuah video kejadian pergaduhan sekumpulan lelaki di Sky Avenue, Genting Highlands. Pihak polis mendapati klip video yang berdurasi 55 saat berkaitan kejadian tersebut telah tular di beberapa platform media sosial.

”Susulan dari insiden tersebut juga pihak polis telah menerima dua laporan polis pada hari ini jam lebih kurang pukul 11.49 pagi dan 12.50 tengahari,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kejadian ini.

Justeru pihak polis mohon kerjasama mana-mana yang terlibat tampil untuk bantu siasatan.

Zaiham memohon kerjasama semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi memandangkan kes tersebut dalam siasatan Polis Bentong. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast