Fadhlina Sidek

KUALA TERENGGANU – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat insiden penjualan arak di sebuah premis dalam kawasan sekolah seperti yang tular baru-baru ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku atau pelanggaran peraturan yang melibatkan institusi pendidikan.

“Kita dah serahkan kepada pihak autoriti untuk menyiasat dan kita tidak kompromi dalam mana-mana salah laku ataupun pelanggaran peraturan. Kita akan ambil tindakan,” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian penutup Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Terengganu, di sini, hari ini.

Beliau berkata, siasatan juga masih dijalankan pihak berkuasa termasuk insiden pergaduhan semasa majlis lelongan itu diadakan dan KPM akan memantau perkembangan kes itu dari semasa ke semasa bagi memastikan ketetapan peraturan ditegaskan semula serta tindakan yang perlu.

Tular baru-baru ini, fasiliti sebuah sekolah rendah di Pontian, Johor digunakan bagi penganjuran jualan lelong arak sehingga mencetuskan polemik dalam kalangan masyarakat dan dilaporkan turut berlaku kes pergaduhan dalam majlis itu. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast