Sebuah kereta yang terlibat dalam nahas dengan bas ekspres di Jalan Ranau - Kundasang, malam tadi.

KOTA KINABALU – Pemandu bas ekspress dan seorang penumpang wanita cedera selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Ranau-Kundasang, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau Rantey Fred berkata kemalangan itu melibatkan sebuah bas ekpress yang dipandu seorang lelaki berusia 64 tahun, dengan sebuah kereta jenis Proton Saga.

“Seorang warganegara China berumur 30-an berada dalam bas berkenaan yang membawa 22 orang penumpang, tidak mengalami kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Rantey berkata, BBP Ranau menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 10.16 malam sebelum ke lokasi kejadian sejauh 17 kilometer.

Beliau berkata, mangsa yang cedera dan tidak sedarkan diri telah diberikan rawatan awal oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, sebelum dibawa ke Hospital Ranau menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast