Foto Instagram Nabila Huda.

KUALA LUMPUR – Aktres popular, Nabila Huda mencuri perhatian netizen apabila dilihat menyindir seorang wanita bergelar Datin yang didakwa dibenci rakyat negara ini.

Menerusi perkongsian video terbaharu dimuat naik menerusi akaun Instagram (IG) miliknya, dia turut mendakwa individu terbabit tidak pernah berubah selain sudah memalukan keluarga.

Anak kepada legenda rock, Datuk Amy Search juga berharap agar wanita dapat keluar dari negara ini.

“Eh betina, aku rasa engkau boleh stop benda bodoh ini. Kau ingat kau siapa? Berhentilah memalukan keluarga, memalukan suami tercinta. Engkau cubalah sedar, engkau itu pelacur yang berstatuskan Datin sahaja? Kau ingat kau besar sangat? Aku dah cakap, satu Malaysia tak suka kau, dah boleh keluar negara ini, tak ada orang yang boleh terima.

“Perangai kau tidak pernah berubah. Sekarang tengok apa yang kau sudah buat. Sebab orang lain bagi pendapat tak boleh, semua nak ikut cara hidup kau, pergi mampus. Ingat asal usul siapa,” dakwa Nabila sambil ketawa.

Nabila turut meminta individu yang dimaksudkan itu untuk berubah sebelum orang ramai mula menyiasat dan membongkar siapa dirinya yang sebenar.

“Ingat asal usul itu siapa. Aku dah banyak kali beri amaran, jangan sampai orang siasat siapa diri kau sebenar dan ‘korek’ segala benda jahat yang kau buat. Bagaimanapun aku tak sebut nama pun,” dakwa aktres ini tanpa menamakan sesiapa.

Bagaimanapun, pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan, Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-28  itu memberitahu dia sedang berlatih secara monolog untuk tawaran lakonan terbaharunya.

“Tengah berlatih monolog untuk kerja seterusnya. Doakan saya berjaya untuk watak saya yang seterusnya,” tulisnya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast