Penjara Corbas. foto BFMTV

 

LYON, Perancis – Seorang banduan lelaki meloloskan diri dengan menyeludup masuk ke dalam beg rakan sebiliknya yang dibebaskan dari penjara selepas tamat tempoh hukuman.

Perkhidmatan penjara Perancis memaklumkan banduan berusia 20 tahun itu melarikan diri dari Penjara Corbas, berhampiran Lyon di tenggara Perancis pada hari Jumaat, menurut laporan penyiar BFMTV.

Banduan tersebut sedang menjalani beberapa hukuman penjara.

Dia “mengambil kesempatan semasa pembebasan rakan sebiliknya untuk bersembunyi dalam beg dan keluar”, menurut kenyataan itu.

Banduan yang melarikan diri itu juga sedang disiasat dalam satu kes berkaitan jenayah terancang, menurut sumber yang rapat dengan mengetahui kes tersebut.

Satu siasatan dalaman sedang dijalankan dan pihak pendakwa raya Lyon turut membuka siasatan mereka sendiri, tambah perkhidmatan penjara. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast