Tun Dr Mahathir Mohamad keletihan selepas berkayuh ketika hadir ke Program Picnic & Potluck di Tasik Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 13 JULAI 2025

 

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini sedang berehat di Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengalami keletihan pagi tadi.

Perkara itu disahkan oleh pembantunya, Sufi Yusoff kepada Astro Awani sebentar tadi.

Menurut Sufi, Tun Mahathir dimasukkan ke IJN sekitar jam 10 pagi selepas menghadiri program Picnic & Potluck di Putrajaya.

“Ya, betul-betul Tun keletihan. Jadi beliau tinggalkan majlis awal dan kini sedang berehat.

“Keadaannya okay, cuma beliau diminta berehat dan kini berada di IJN,” katanya.

 Dr Mahathir Mohamad berbasikal ketika hadir ke Program Picnic & Potluck di Tasik Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 13 JULAI 2025

Sufi menambah, Dr Mahathir yang baru menyambut ulang tahun kelahiran ke-100, dijangka keluar dari IJN pada petang ini.

Pagi tadi, Dr Mahathir hadir program Picnic & Potluck sempena sambutan kelahiran ke-100 beliau pada 10 Julai lalu, serta ulang tahun kelahiran ke-99 isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Beliau yang tiba dengan memandu kereta sendiri, berkesempatan mengayuh basikal di sekitar Tasik Putrajaya.

Dalam perkongsian di TikTok, Dr Mahathir kelihatan duduk dengan wajah keletihan.

Dr Mahathir yang juga Perdana Menteri keempat dan ketujuh tiba pukul 7.45 pagi dengan memandu sendiri sebelum mengayuh basikal kira-kira 30 minit di sekitar Tasik Putrajaya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.