KUALA LUMPUR – Poster misteri yang dinaikkan di halaman Facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini menarik perhatian ramai.
“Nantikan,” kata Anwar ringkas.
Poster biru itu memaklumkan penghargaan luar biasa untuk rakyat Malaysia.
Namun, tiada perincian lanjut.
Pelbagai komen diberikan oleh warga maya di ruangan komen Facebook Anwar Ibrahim.
Ada antara netizen yang mengharapkan bantuan STR dan SARA, gaji penjawat awam dan gaji minimum naik.
Malah, ada yang mengharapkan tol dimansuhkan dan Harga minyak diturunkan.
Poster berkenaan turut dikongsikan oleh beberapa kementerian dan agensi kerajaan. – MalaysiaGazette
















