Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Persidangan Antarabangsa mengenai Tadbir Urus dan Integriti Malaysia 2025 di Bora Ombak Marina, Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 15 JULAI 2025

PUTRAJAYA – Isu desakan untuk menggantung keahlian sembilan ahli Parlimen (MP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diketuai Datuk Seri Rafizi Ramli tidak pernah timbul susulan pertikaian mereka mengenai pelantikan ketua hakim negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau meminta semua pihak agar bertenang dan bersabar walaupun pentadbirannya kini giat diasak beberapa ahli Parlimen daripada partinya sendiri.

“Isu itu tidak berbangkit, tenang, sabar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Tadbir Urus dan Integriti Malaysia 2025 di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan, sekurang-kurangnya 20 bahagian PKR di Johor dan Kedah menggesa penggantungan sembilan wakil rakyat itu susulan tindakan mereka melanggar disiplin parti serta kod etika.

Antara sembilan ahli Parlimen yang terlibat ialah Rafizi (Pandan), Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa), Wong Chen (Subang), Rodziah Ismail (Ampang), Zahir Hassan (Wangsa Maju), Datuk Bakhtiar Wan Chik (Balik Pulau), Syed Ibrahim Syed Noh (Ledang) dan S. Kesavan (Sungai Siput).

Pada 7 Julai lalu, kesemua mereka secara terbuka menyeru agar RCI ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan campur tangan dalam pelantikan badan kehakiman negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast