Mohd. Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Seorang pemimpin UMNO menyelar tindakan Majlis Peguam yang menganjurkan “Walk of Justice” di Putrajaya semalam.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zakarshi berkata, Majlis Peguam menuntut perubahan institusi tetapi cara mereka tidak pernah berubah, paling ketara sikap selektif dalam memperjuangkan isu perundangan dan kehakiman, partisan dan berat sebelah.

Lagipun, berarak dan menjerit sambil berjalan tidak sesuai dengan imej pengamal undang undang.

“Adalah lebih bermanfaat jika Majlis Peguam mengadakan dialog dengan kerajaan. Atau berjumpa dengan ahli Parlimen supaya mereka bahas isu ini di Parlimen,” kata beliau yang menyifatkan cara Majlis Peguam tidak berubah dari dulu hingga sekarang.

Menulis dalam hantaran di Facebook, Mohd Puad berkata, sepatutnya Majlis Peguam dan Datuk Seri Rafizi Ramli menuntut Suruhanjaya Siasatan Diraja lebih komprehensif, bukan fokus isu lambat lantik Ketua Hakim Negara sahaja.

Malah, katanya, siasat juga dakwaan Tan Sri Abdul Rahman Sebli tentang amalan perbicaraan tidak adil seperti yang berlaku kepada Datuk Seri Najib Razak.

Beliau turut membidas penyertaan Tommy Thomas yang menyertai perarakan itu kerana soalnya pernahkan Majlis Peguam berarak apabila bekas Peguam Negara itumendedahkan dalam buku memoirnya bahawa perlantikan Tun Tengku Maimun Tengku Mat itu sendiri penuh kontroversi.

Beliau turut mendakwa Nurul Izzah Anwar yang bersama dalam ‘Walk of Justice’ berdrama

“Dia membodohkan rakyat. Lagi baik dia beritahu di perarakan itu bahawa dia membantah tindakan ayahnya. Tapi ayahnya berdegil. Oleh itu dia akan letak jawatan Timbalan Presiden PKR,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast