Tengku Zafrul Abdul Aziz.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) yakin dapat mengekalkan unjuran pertumbuhan perdagangan sebanyak 5.0 peratus pada tahun ini walaupun dijangka berdepan perdagangan global yang sederhana.

Menterinya, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, sasaran itu ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia manakala 3.5 peratus oleh Kementerian Kewangan.

Menurut beliau, MITI sedang memberi fokus untuk mencapai sasaran itu termasuk mengadakan perbincangan dengan Wakil Perdagangan AS (USTR) pada minggu lalu.

“Kami mengadakan perbincangan yang baik bersama-sama USTR dan pasukan dari jabatan perdagangan. Apa yang berlaku ialah kita kini melihat pelbagai perkara mengenai tarif dan bukan tarif yang kita boleh bersetuju.

“Saya telah menetapkan tarikh akhir untuk pasukan dan ia sudah tentu kerana Trump (Presiden Amerika Syarikat) mempunyai tarikh akhir pada 1 Ogos depan.

“Kami cuba dan membuat kesimpulan sebelum itu jika boleh. Tetapi sekali lagi, ada isu yang kita masih perlukan masa kerana ia melibatkan banyak agensi dan kementerian serta perlu buat pengiraan juga,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas sidang media laporan prestasi suku kedua 2025 oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) di sini hari ini. – MalaysiaGazette

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz bercakap pada sidang media Laporan Prestasi Suku Kedua 2025 di Menara MITI, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 15 JULAI 2025

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast