Mangsa dikejarkan ke hopsitak untuk rawatan lanjut.

KEPALA BATAS – Seorang lelaki parah selepas motosikal ditungganginya terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah lori syarikat kurier di Jalan Permatang Bendahari, Penaga di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 10.04 pagi itu, mangsa, Muhammad Izzat Najmi bin Azemi, 23, dilaporkan terperangkap di bawah lori jenis Mitsubishi Fuso selepas motosikal Yamaha Y15ZR yang ditungganginya bertembung dengan kenderaan tersebut.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Muda bersama sebuah jentera LFRT dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 10.04 pagi.

“Pasukan tiba di lokasi pada pukul 10.11 pagi dan mendapati seorang lelaki dewasa terperangkap di bawah lori berkenaan. Anggota bertindak menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah John Sagun, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian muka dan kaki sebelum diserahkan kepada pasukan Kementerian Kesihatan (KKM) yang turut berada di lokasi.

“Mangsa kemudian dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast