Gambar fail

KUANTAN –  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri (KPDN) Pahang merampas 17,000 liter minyak diesel dalam serbuan di sebuah tempat simpanan diesel tanpa permit di Indera Mahkota 8, Taman Polo, di sini, tengah hari tadi.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri (KPDN) Pahang, Mohd Hafiz Ramli berkata, serbuan menerusi Ops Tiris 2025 itu dijalankan hasil risikan anggota KPDN Pahang kira-kira sebulan lalu.

“Hasil risikan, kita dapati ada aktiviti mencurigakan dan pegawai kita berjaya membuat serbuan dan turut menyita dua buah motokar dan skid tank dengan anggaran berjumlah RM193,195.00.

“Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana menyimpan barang kawalan di tempat yang tidak dilesenkan.

“Kesalahan kedua pula adalah memiliki barang kawalan tanpa lesen dan cuba mengalihkan barang kawalan di tempat yang dilesenkan ke tempat yang tidak dilesenkan,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri (KPDN) Pahang, Mohd Hafiz Ramli (kanan) memeriksa Skid Tank menyimpan minyak diesel dalam serbuan di Indera Mahkota 8, Taman Polo, di sini tengah hari tadi.

Menurut Mohd Hafiz, seramai empat lelaki warganegara Bangladesh dan dua lelaki warganegara Myanmar berusia lingkungan 20 tahun hingga 29 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan.

Seramai empat lelaki warganegara Bangladesh dan dua lelaki warganegara Myanmar berusia lingkungan 20 tahun hingga 29 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati kegiatan itu dipercayai telah dijalankan hampir setahun lepas di lokasi terbabit.

“Kita difahamkan, kawasan ini adalah tempat untuk meletakkan barang-barang binaan disamping skid tank diesel difahamkan untuk kegunaan genset (jana kuasa) menara telekomunikasi oleh syarikat ini,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast