Sebuah lori membawa muatan khemah musnah hampir keseluruhan selepas terbakar dalam satu kejadian di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Genting Sempah, pagi tadi. Ihsan Foto : Bomba

KUALA LUMPUR – Sebuah lori membawa muatan khemah musnah hampir keseluruhan selepas terbakar dalam satu kejadian di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Genting Sempah, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada pukul 7.24 pagi.

Menurutnya, seramai 10 anggota dan pegawai bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 35 kilometer dari balai.

“Sebaik tiba pada jam 8.08 pagi, pasukan bomba mendapati sebuah lori 10 tan yang membawa muatan khemah sedang terbakar kira-kira 90 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan, kebakaran lori itu menyebabkan lorong kiri dan tengah lebuh raya terhalang dan hanya lorong kanan boleh dilalui.

Keadaan itu mengakibatkan kesesakan trafik di lokasi kejadian. – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast