Sejak 2017, tarikh 15 Julai diingati dengan penduduknya memasang bendera berwarna merah dihiasi bulan sabit dan sebutir bintang di bangunan-bangunan tinggi.
Turut dikibarkan gambar Mustafa Kemal Atatürk, presiden pertama Turkiye yang juga bapa pengasas negara itu, serta gambar Recep Tayyip Erdoğan yang memegang kuasa sebagai Presiden Turkiye sejak tahun 2014.














