ANKARA – Turkiye mengenang tahun ke sembilan cubaan rampasan kuasa tentera 15 Julai 2016 dengan tema ‘Nama Kemenangan: Türkiye’.
Dikenali sebagai Hari Demokrasi dan Perpaduan Nasional yang disambut setiap tahun pada 15 Julai dengan Directorat Komunikasi Presiden Turkiye menganjurkan acara peringatan dengan meluas.
Acara dimulakan dengan ucapan Presiden Recep Tayyip Erdoğan pada jam 2 petang pada 15 Julai di Perhimpunan Kebangsaan Besar Turkiye atau Parlimen negara ini.
Selain itu forum bertajuk 15 Julai: Memori, Keadilan, dan Masa Depan akan diadakan di sini pada 16 Julai sebagai sebahagian daripada acara peringatan
Forum itu yang akan dimulakan dengan ucapan perasmian daripada Ketua Komunikasi Presidens, Burhanettin Duran dan dihadiri oleh sejumlah besar ahli akademik dan wakil masyarakat sivil.
Turut hadir 120 wartawan daripada 41 negara termasuk Malaysia selain 81 wartawan daripada negara itu sendiri.
Panel itu, yang terdiri daripada tiga sesi, akan meneroka aspek perundangan, institusi dan sosial pada 15 Julai dalam pelbagai cara.
Sesi pertama, bertajuk Menjunjung Demokrasi: Kuasa Penentangan Awam membincangkan tentangan yang dilakukan oleh rakyat pada malam 15 Julai dan seterusnya dalam konteks ketahanan demokrasi.
Sesi kedua, bertajuk Pemantauan Demokrasi: Turki Selepas 15 Julai akan memfokuskan kepada transformasi politik, sosial dan institusi Turkiye selepas percubaan rampasan kuasa khianat serta refleks demokrasi yang dibina atas semangat perpaduan negara.
Sesi terakhir bertajuk Prosiding Undang-undang Selepas 15 Julai akan membincangkan pendakwaan terhadap perancang rampasan kuasa dan pengukuhan kedaulatan undang-undang demokrasi dalam konteks prosedur undang-undang dan mekanisme keadilan.
Selain itu, program media komprehensif akan diadakan di Ankara dan Istanbul antara 14 Julai dan 18 Julai sempena Hari Demokrasi dan Perpaduan Nasional pada 15 Julai.
Bendera Turkiye telah dikibarkan di atas Jambatan Martyrs 15 Julai, Jambatan Fatih Sultan Mehmet dan Jambatan Yavuz Sultan Selim melalui kerjasama pelbagai pihak termasuk Gabenor Istanbul, dan Persatuan 15 Julai.
Cubaan rampasan kuasa yang didalangi Pertubuhan Pengganas Fetullahist (FETO) melibatkan lebih 10,000 anggota tentera dan awam, 35 pesawat tentera, 74 kereta kebal, 246 kenderaan perisai, tiga kapal tentera, 3,992 senjata dan 37 helikopter tentera.
Insiden itu menyebabkan sekitar 251 hingga 265 orang terbunuh dan lebih 2,000 cedera dengan kebanyakan daripada mereka adalah orang awam dan pasukan keselamatan yang setia kepada kerajaan.
Bagaimanapun cubaan itu berjaya dipatahkan antara lain disebabkan rakyat turun bagi mempertahankan demokrasi terus mekar di Turkiye.-MalaysiaGazette
















