Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan warkah penghargaan serta cenderamata kepada Zailani Hashim di Istana Negara hari ini.

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap dan mengurniakan warkah penghargaan serta cenderamata kepada Datuk Zailani Hashim, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara yang akan bersara daripada perkhidmatan awam pada 18 Julai ini.

Seri Paduka Baginda menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Zailani di atas jasa dan khidmat bakti sepanjang bertugas sebagai Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara sejak 2024.

Jawatan berkenaan kini disandang oleh Tan Sri Dr Azmi Rohani sejak 1 Julai lalu.

Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Johor. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast