Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh bercakap pada sidang media pada Program Rakan Muda Turun Kampus, di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Foto MUHAIMIN MARWAN, 17 JULAI 2025

KUALA LUMPUR –  “Itu kena tanya perdana menteri sendiri,” kata Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh ketika ditanya mengenai pengumuman luar biasa kepada rakyat oleh kerajaan.

Diminta memberi bayangan tentang pengumuman itu, beliau berkata, lebih baik menunggu Datuk Anwar Ibrahim sendiri yang mengumumkannya.

“Kita kena tunggu pengumuman daripada beliau,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis Program Rakan Muda Turun Kampus 2025 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di sini hari ini.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berucap pada Program Rakan Muda Turun Kampus, di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Foto MUHAIMIN MARWAN, 17 JULAI 2025

Isnin lalu, Anwar memaklumkan beliau akan membuat satu pengumuman besar sebagai penghargaan luar biasa untuk rakyat Malaysia.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook milik Perdana Menteri namun tidak dijelaskan secara terperinci dan hanya terdapat tanda pagar ‘Malaysia Madani’ dan ‘Bersama Malaysiaku’.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa memberi bayangan semua lapisan negara ini dijangka menerima kejutan yang memberi manfaat besar kepada mereka susulan pengumuman luar biasa kerajaan tidak lama lagi.

“Kita tunggu pengumuman daripada PM nanti, saya kira memang ada satu kejutan yang memberi manfaat kepada rakyat. Insya-allah semuanya begitu (manfaat untuk semua rakyat),” katanya kepada media hari ini. – MalaysiaGazette

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyaksikan Sesi Menandatangani Surat Niat antara Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), yang diwakili Naib Canselor UPNM, Datuk Arman Rumaizi Ahmad (kiri), dan Majlis Sukan Negara, yang diwakili Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Jefri Ngadirin (kanan), pada Program Rakan Muda Turun Kampus, di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Foto MUHAIMIN MARWAN, 17 JULAI 2025

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast