Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berucap Majlis Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) kali ke-40 Tahun 2025 di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 17 JULAI 2025

KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menegaskan bahawa pindaan Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004 (Akta PNPV) dan penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Kualiti Benih Tanaman akan diteruskan.

Jelasnya, pindaan dan undang-undang tersebut perlu diwujudkan demi kepentingan pelbagai pihak.

Terdahulu katanya, RUU pindaan akta itu akan dibentang di Kabinet esok bagi mendapat kelulusan untuk ke peringkat seterusnya.

“Sebab itu banyak benih-benih yang kita perlu jaga.

“Jadi bila ada undang-undang berkaitannya ia dapat dijaga untuk kepentingan semua,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) Kali Ke-40 Tahun 2025, hari ini.

Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM), sebuah jaringan yang terdiri daripada 250 individu merangkumi ahli akademik, golongan profesional, wakil NGO dan wakil kumpulan-kumpulan petani menerusi kenyataan hari ini menyuarakan kebimbangan terhadap kurangnya proses rundingan berkaitan cadangan pindaan Akta PNPV 2004 dan RUU Kualiti Benih Tanaman.

Sehubungan itu, mereka menggesa supaya KPKM menangguhkan pindaan terhadap Akta PNPV dan penggubalan RUU kualiti Benih Tanaman.

Bagaimanapun Mohamad berkata, rundingan dengan semua pihak berkaitan diadakan termasuk dengan kerajaan negeri dalam proses menyiapkan  draf akta berkenaan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast