Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR – “Kalau tidak ada pengaruh, macam mana boleh hancurkan parti pula?”

Itu jawapan Datuk Seri Rafizi Ramli kepada dakwaan beliau dikatakan mahu menghancurkan PKR.

Beliau berkata demikian menjawab kenyataan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Bidin baru-baru ini.

Rafizi yang juga bekas Timbalan Presiden PKR dan Menteri Ekonomi itu berkata, dalam masa tiga bulan ini, ada beberapa kerat dalam parti memberinya pelbagai label.

“Mula, ditolak akar umbi sebab tak pandai jaga akar umbi. Kemudian, saya tak ada lagi bagus kerana jadi beban sudah kepada parti dan kerajaan.

“Kemudian, memujuk saya supaya jangan letak jawatan. Kemudian lepas itu, tuduh merajuk bila saya letak jawatan.
Sekarang yang terbaru tuduhan mahu hancurkan parti.

“Eh, kalau dah ditolak akar umbi dan tidak ada pengaruh, baguslah campak jauh-jauh, bukan ada kesan pun,” katanya dalam media sosialnya hari ini.

Dalam pada itu, Rafizi juga sempat memperli Azman.

“Tuduhan terbaru ini datang dari seorang yang bernama Datuk Azman Abidin. Siapa Azman Bidin ini?

“Dia orang hebat dalam PKR, walaupun rakyat mungkin kurang kenal sebab itu hari ini, saya nak kenalkan Datuk Azman Abidin.

“Kehebatan beliau walau apa pun terjadi dalam politik dalaman PKR, dia mesti dapat tempat bergaji besar dalam kerajaan. Masa arwah Tan Sri Khalid jadi MB, dia orang kuat Tan Sri Khalid dan dilantik jadi pegawai MB mati-matian tolak Azmin.

“Bila Azmin jadi MB pula, tiba-tiba dia pusing sokong Azmin, jadi pegawai kepada Azmin pula. Bila Dato’ Seri Anwar jadi PM, walaupun kelibat dia kita tak nampak sangat semasa kempen nasional PRU-15, tiba-tiba dia jadi Setiausaha Politik PM,” ujarnya.

Rafizi juga mendakwa Azman salah seorang dari setiausaha politik PM selain dari Shamsul Iskandar dan Chan Ming Kai yang ligat menghabiskan masa berkempen di bawah untuk buang pimpinan PKR tidak sehaluan dengan mereka.

“Orang sibuk mentadbir negara, mereka sibuk atur di belakang dengan kemuncaknya menyusun Nurul Izzah bertanding sebagai Timbalan Presiden. Kalau ada yang rasa macam pernah baca mengenai Azman Bidin, dia pernah menghiasi berita di media mengenai satu dakwaan salah laku kes juta-juta di DBKL,” dakwanya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Apa niat sebenar Rafizi, mahu hancurkan parti?

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast