KUALA LUMPUR – Kekananan atau senioriti bukan kriteria utama dalam menentukan calon paling layak untuk mengisi jawatan Ketua Hakim Negara mengikut Perlembagaan, demikian menurut pakar perundangan negara.
Pensyarah Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Datuk Dr Prof Shamrahayu A. Aziz menjelaskan, kriteria bagi pelantikan tersebut jelas disebutkan di bawah Perkara 123 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bahawa seseorang itu mestilah warganegara Malaysia dan memiliki sekurang-kurangnya 10 tahun pengalaman dalam bidang kehakiman atau perundangan.
Sehubungan itu tegas beliau, tidak timbul isu kelayakan bagi pelantikan Ketua Hakim Negara, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh serta Presiden Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Azizah Nawawi sebagai Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak.
ARTIKEL BERKAITAN
https://malaysiagazette.com/2025/07/18/profil-ketua-hakim-negara-yang-baharu/
Tambah beliau, dari segi prosedur pula, sudah jelas dinyatakan bahawa pelantikan tersebut telah dibuat mengikut Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan iaitu atas nasihat Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong dan selepas rundingan dengan Majlis Raja-Raja.















