SHAH ALAM – Pendakwaan lelaki warga Pakistan yang disyaki terbabit dalam beberapa siri kes liwat dan amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki ditangguhkan kepada 23 Julai.

Tarikh pendakwaan itu ditetapkan selepas tertuduh Muhammad Hassan, 24 tahun memohon jurubahasa Urdu kerana tidak faham bahasa Melayu dan Inggeris. 

Terdahulu, lelaki itu hari ini dihadapkan di dua mahkamah sesyen berasingan bagi empat pertuduhan.

Pihak pendakwaan diwakili oleh Amir Saifullah Mohammad Sallehuddin dan Roshaira Rosli.

Dalam masa yang sama, tertuduh yang sama bakal berdepan tuduhan di Mahkamah Majistret bagi pendakwaan berkaitan kesalahan tinggal lebih masa di negara ini.

Pertuduhan itu pula ditetapkan pada 1 Ogos.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2025/07/09/lelaki-pakistan-peliwat-bersiri-kena-cekup-di-kedah-mgflash/

Semalam, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim  dilaporkan berkata, suspe akan didakwa membabitkan tiga kes liwat dan satu cabul.

Menurutnya, terbabit dalam empat siri kejadian cabul dan liwat membabitkan kanak-kanak lelaki berusia sembilan, 13 dan 14 tahun serta seorang remaja lelaki berusia 19 tahun.

Sebagai rekod, media sebelum ini melaporkan, tular di beberapa platform media sosial kejadian beberapa kanak-kanak lelaki diliwat dan dicabul oleh seorang lelaki warga Pakistan di sekitar Seksyen 27 dan Seksyen 28, Shah Alam.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast