Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) menerima ancaman Bom ketika tinjauan Malaysia Gazette di Putrajaya. Foto AIZAT ZAINAL, 5 JUN 2024

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melaksanakan 22 operasi bagi tempoh dua minggu pertama bulan ini di beberapa lokasi utama seluruh negara bagi memperkukuh aktiviti pelancongan tanpa lessen di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).

Menurut kementerian itu, menerusi operasi tersebut sebanyak 180 kenderaan, 30 syarikat pelancongan empat premis penginapan serta 33 pemandu pelancong diperiksa.

Dalam masa yang sama, sebanyak 13 notis telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

“Ini termasuk pemeriksaan terhadap entiti yang disyaki menjalankan perniagaan pelancongan tanpa lesen sah dalam satu operasi yang dijalankan di Perak hasil maklumat awam.

“Sekiranya disabitkan kesalahan, pihak terlibat boleh dikenakan denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga 10 atau kedua-duanya di bawah Akta 482,” katanya menerusi kenyataan.

Sehubungan itu, MOTAC mengingatkan mana-mana individu dan syarikat yang menyediakan perkhidmatan pelancongan meliputi pengangkutan, penginapan atau penganjuran pelancongan secara fizikal atau dalam talian supaya memohon lesen dengan segera bagi mengelakkan tindakan tegas.

“MOTAC akan terus memperkukuh kerjasama strategik bersama agensi penguat kuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bagi memastikan pematuhan undang-undang pelancongan.

“Kerjasama orang ramai dan pemain industri turut dialu-alukan untuk menyalurkan sebarang maklumat tentang aktiviti pelancongan yang disyaki melanggar peraturan melalui saluran Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA (https://motac.spab.gov.my/eApps/system/index.do),” ujarnya.-MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast