Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Port Dickson, Negeri Sembilan dan Johan Setia, Selangor mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 4 petang ini.

Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Port Dickson merekodkan bacaan IPU 124 manakala Johan Setia mencatatkan IPU 109.

Sementara itu, 60 kawasan lain mencatatkan IPU tahap sederhana antaranya Banting, Selangor (94), Cheras, Kuala Lumpur (89), Nilai, Negeri Sembilan (86), Kota Bharu, Kelantan (85), Kuala Terengganu, Terengganu (84) dan Sungai Petani, Kedah (83).

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara adalah baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

Data IPU itu dikeluarkan setiap jam berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara. -BERNAMA

ARTIKEL BERKAITAN

Kebakaran musnahkan 46 hektar hutan di Sumatera Utara, Sumatera Barat

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast