Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

TELUK KUMBAR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan dirinya hanya akan melepaskan jawatan sekiranya terbukti terbabit dalam penyelewengan atau salah guna dana awam.

Menurutnya, desakan politik semata-mata bukan alasan untuk beliau berundur apatah lagi jika tiada asas terhadap dakwaan yang dilemparkan.

“Jadi, apabila ada yang desak saya supaya turun, saya kata Insya-Allah saya tidak akan turun kecuali kalau saya curi duit rakyat.

“Kalau saya curi, suruhlah saya turun. Tapi saya tak curi duit orang.

“Guna Parlimen kritik, kalau dia (pembangkang) ada cukup jumlah, dia bawa usul. Itu cara dia. Kalau saya kalah, saya letak dengan baik dan itu cara aman,” katanya ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Kompleks Madani di sini hari ini.

Anwar turut menempelak pihak yang terus mengungkit isu lampau yang disifatkan tidak lagi relevan memandangkan tempoh hampir tiga tahun beliau menerajui pentadbiran negara.

“Kes saya yang lama itu, lamalah. Saya jadi Perdana Menteri ini sudah masuk tiga tahun. Saya dah nyatakan dalam mesyuarat Jemaah Menteri kalau ada kes, saya tak akan pertahan. Dan kalau ada pemimpin yang miliki kekayaan RM100 juta, dia kena jawab,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast