KUALA LUMPUR: “Selagi dia tak sebut nama saya, dia dalam zon selamat,” demikian kata pelakon veteran  Fauziah Ahmad Daud ketika mengulas namanya ‘dipetik’ netizen tatkala isu membabitkan penyanyi dan guru vokal, Adzrin Adzhar yang mendakwa diherdik.

Tidak mahu mudah melatah, Ogy juga tidak mahu mengulas lanjut selagi individu terbabit tidak menyebut secara jelas namanya dalam kenyataan yang dibuat.

“Kalau dia tak sebut, saya tak perlu jawab soalan ini. Jika sebaliknya, peguam saya akan menjawab soalan yang diajukan, semudah itu,” katanya ketika ditemui selepas sidang media program Asian Pop Stars yang diadakan di ASWARA.

Katanya, beliau hanya pernah bertemu penyanyi dan tenaga pengajar vokal itu sekali sahaja pada sidang media konsert Ezad Lazim.

Baru-baru ini, tular dalam media sosial mengenai dakwaan yang dibuat Adzrin mengenai dirinya menerima layanan buruk daripada seorang pelakon senior yang turut mempersoalkan keupayaannya sebagai tenaga pengajar.

Adzrin dilapor turut mendakwa pelakon itu meminta pihak produksi menggugurkan namanya daripada menyertai sebuah program seni yang masih dalam perancangan.

Walaupun kecewa dan terluka dengan tindakan itu,namun Adzrin dilapor memilih untuk kekal positif dan percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast