Mont Blanc. foto Facebook Vertical Frontiers Ltd.

PARIS – Dua pendaki gunung warga Perancis yan hilang sejak Jumaat disahkan maut dalam kemalangan di banjaran Mont Blanc.

Mangsa ialah seorang wanita berusia 25 tahun dan lelaki warga emas berusia 60 tahun, lapor stesen radio France Bleu.

Unit penyelamat gunung yang berpangkalan di Chamonix PGHM menemui mayat mereka di kaki rabung di Aiguille de Bionnassay, di massif Mont Blanc.

Punca kematian mereka masih belum jelas tetapi siasatan telah dilancarkan.

Mont Blanc ialah destinasi popular untuk pendaki berpengalaman, tetapi berisiko terutamanya di laluan alpine tinggi seperti Aiguille de Bionnassay. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast