Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC)

KUALA LUMPUR – Sebanyak 13 notis telah dikeluarkan oleh penguat kuasa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) atas pelbagai kesalahan dalam dua minggu pertama bulan Julai dalam semasa 22 operasi yang dilakukan di seluruh negara.

Sepanjang tempoh itu sebanyak 180 kenderaan, 30 syarikat pelancongan, empat premis perniagaan erta 33 pemandu pelancong telah diperiksa.

Ini termasuk pemeriksaan terhadap entiti yang disyaki menjalankan perniagaan pelancongan tanpa lesen sah dalam satu operasi yang dijalankan di Perak hasil maklumat awam.

Sekiranya disabitkan kesalahan, pihak terlibat boleh dikenakan denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya di bawah Akta 482.

“MOTAC terus memperkukuh penguatkuasaan terhadap aktiviti pelancongan tanpa lesen yang sah di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482] selaras dengan prinsip Malaysia Madani yang menekankan kepatuhan kepada undang-undang demi keadilan dan kesejahteraan Bersama,” katanya dalam kenyataan di sini.

Malah, katanya, MOTAC akan terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Jabatan Pengangkutan Jalan, Polis Diraja Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia bagi memastikan pematuhan undang-undang pelancongan.

“MOTAC mengingatkan mana-mana individu atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan pelancongan meliputi pengangkutan, penginapan atau penganjuran pelancongan secara fizikal atau dalam talian supaya memohon lesen dengan segera di pejabat MOTAC negeri berdekatan sebelum tindakan perundangan yang tegas diambil.

“Orang ramai dan pemain industry diminta bekerjasama untuk menyalurkan sebarang maklumat tentang aktiviti pelancongan yang disyaki melanggar peraturanmelalui saluran Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) https://motac.spab.gov.my/eApps/system/index.do). MOTAC komited memastikan
hanya penggiat industri pelancongan yang berlesen secara sah beroperasi demi kesejahteraan pelancong dan industri yang mampan dan inklusif berteraskan nilai-nilai madani,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast