KUALA LUMPUR – Ketua Hakim Negara tidak boleh dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) sekiranya institusi kehakiman benar-benar mahu dipastikan bebas.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, ia bagi mengelakkan kemungkinan Ketua Hakim Negara mengemukakan calon yang dilihat kroninya dalam lantikan hakim.
“Maka di mana bebasnya? Sebab itu cuba sebut negara mana Presiden atau Perdana Menteri tidak terlibat mencadangkan nama calon Ketua Hakim Negara. Singapura?
“Bahkan di Malaysia, siapa pun nama yang dicadangkan akan diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan Majlis Raja Raja Melayu,” katanya menerusi laman sosial Facebook hari ini.
Sebelum ini, tanda tanya mengenai siapa yang bakal dilantik sebagai Ketua Hakim Negara terjawab selepas YDPA, Sultan Ibrahim memperkenankan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh bagi jawatan tersebut.
Bagaimanapun, beberapa pihak khususnya pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lantikan Ketua Hakim Negara baharu itu tidak bermakna reformasi lantikan kehakiman bagi membebaskannya daripada campurtangan eksekutif perlu berhenti.
Malah kerajaan terus dituntut untuk segera melaksanakan reformasi lantikan kehakiman turutama dengan mengurangkan kuasa Perdana Menteri dalam lantikan hakim-hakim. – MalaysiaGazette
















