Suhu di Tehran diramal mencecah 41C pada hari Isnin.

TEHRAN – Pihak berkuasa Iran menggesa penduduk mengehadkan penggunaan air ketika negara itu berdepan dengan kekurangan bekalan yang teruk di tengah-tengah gelombang panas berterusan, lapor media tempatan.

Kekurangan air menjadi isu utama di Iran, terutamanya di wilayah gersang di selatan negara ini.

Pada hari Sabtu, perkhidmatan meteorologi negara memaklumkan, Iran mengalami minggu paling panas dalam setahun setakat ini, dengan suhu melebihi 50 darjah Celsius (122 Fahrenheit) di beberapa kawasan.

Jurucakap kerajaan Fatemeh Mohajerani mengumumkan dalam siaran X pada hari Ahad bahawa wilayah Tehran akan cuti umum pada hari Rabu berikutan gelombang panas yang berterusan.

“Memandangkan panas melampau yang berterusan dan keperluan untuk menjimatkan air dan elektrik, Rabu… telah diisytiharkan sebagai cuti di wilayah Tehran,” tulisnya.

Suhu di Tehran mencecah 40C pada Ahad, dengan meningkat kepada 41C ramalan pada hari Isnin, menurut laporan meteorologi.

Pengerusi majlis bandar Tehran, Mehdi Chamran menggesa orang ramai untuk “menjimatkan air untuk mengelakkan kemerosotan bekalan”, menurut agensi berita ISNA.

Pihak berkuasa di seluruh Iran telah mengeluarkan rayuan serupa sejak beberapa hari lalu, meminta penduduk di beberapa wilayah mengehadkan penggunaan air.

Syarikat pengurusan air wilayah Tehran menyeru untuk mengurangkan penggunaan sebanyak “sekurang-kurangnya 20 peratus” untuk membantu mengatasi kekurangan bekalan.

Dalam satu kenyataan, ia berkata, “takungan empangan membekalkan air ke Tehran kini berada pada paras terendah dalam satu abad” berikutan pengurangan taburan secara berterusan selama bertahun-tahun.

Javan, sebuah akhbar konservatif, melaporkan pada hari Sabtu, pihak berkuasa telah mengurangkan bekalan air di beberapa bahagian di ibu negara dalam usaha untuk mengurangkan krisis, mengakibatkan “bekalan air terputus antara 12 dan 18 jam” di beberapa kawasan.

Menteri Tenaga Abbas Aliabadi memohon maaf pada hari Ahad atas bekalan air yang berkurangan, dengan mengatakan usaha telah dilaksanakan “untuk mengurus sumber dengan lebih baik”. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast