Syed Alwi Mohamed Sultan

KUALA LUMPUR – Human Resource Development Corporation (HRD Corp) mengumumkan pelantikan Dr. Syed Alwi Mohamed Sultan, 51, sebagai Ketua Eksekutif baharu berkuat kuasa pada hari ini.

Syed Alwi memiliki lebih 27 tahun pengalaman dalam kepimpinan strategik merentas sektor perkhidmatan kewangan, teknologi perbankan dan perundingan pengurusan.

Sepanjang kerjayanya, beliau berjaya memacu pertumbuhan organisasi, memperkukuh institusi kewangan serta memperkenalkan penyelesaian inovatif dan berfokuskan masa depan yang sejajar dengan strategi kewangan jangka panjang bagi memberikan impak yang mampan.

Beliau pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan BNP Paribas Malaysia Berhad (Perbankan Islam), Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMPSA Holdings Sdn. Bhd.

Sepanjang kerjayanya, Syed Alwi turut menyandang beberapa jawatan kanan di institusi kewangan terkemuka peringkat global dan serantau serta memainkan peranan penting dalam mencapai kecermelangan operasi secara pantas serta meningkatkan nilai kepada pihak berkepentingan.

Antara pelantikan utama beliau termasuk di Standard Chartered Saadiq, The Islamic Bank of Asia (Singapura), HL Bank (Singapura) dan MRANTI Corporation.

Syed Alwi berkelulusan Ijazah Kedoktoran dalam bidang Kewangan dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) turut memiliki Ijazah Sarjana PentadbiranPerniagaan (MBA) kelas pertama dalam Kewangan Islam dari UIAM dan menamatkan Program Fintech Oxford di Saïd Business School, University of Oxford. – MAlaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast