Sumber : Facebook Piala Tengku Ilisha

KUANTAN – Kejohanan Badminton Piala Tengku Ilisha 2.0 akan berlangsung di Dewan Persatuan Badminton Pahang, KotaSAS, di sini pada Ahad ini.

Diinspirasikan oleh Che Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan, kejohanan ini lahir sebagai usaha untuk menyemarakkan semangat kesukanan dan silaturahim dalam komuniti.

Ia telah mendapat perkenan daripada Tengku Puteri Raja Tengku Ilisha Ameera Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin al-Mustafa Billah Shah selaku penaung utama dan pemegang nama kejohanan itu.

Kejohanan ini dianjurkan oleh Springvale Residences Association (SVRA) dengan kerjasamapenaja-penaja dan rakan promosi seperti Kotasas Badminton Club (KSBC) dan Masjid Imam Ash Shafie KotaSAS, menjadikannya antara acara sukan komuniti terbesar di daerah ini tahun ini.

Orang ramai dijemput hadir memberi sokongan, mencipta gelombang sorakan dan menyaksikan kemunculan bakat-bakat hebat dari kejiranan sendiri.

Siaran langsung, foto dan laporan juga akan dikongsi melalui media sosial rasmi kejohanan.

Penganjuran Kejohanan Badminton Piala Tengku Ilisha pertama kali diadakan pada 2023 secara tertutup di lokasi sama dengan penyertaan 130 pemain daripada 10 pasukan.

Pasukan ‘Evergreen’ dari Presint 5 KotaSAS menjuarai kejohanan, sekaligus membawa puang hadiah wang tunai RM2,000 dan piala pusingan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast