Menteri Perladangan dan Komoditi yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani hadir pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 21 JULAI 2025.

KUALA LUMPUR – Kerajaan disaran mengkaji semula sistem pengurusan sisa plastik khususnya menyusun beberapa agensi yang berkaitan.

Cadangan itu disuarakan oleh Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang menjalankan tugas sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

Katanya, terdapat empat agensi dan kementerian yang terlibat dengan pengurusan berkenaan iaitu Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal, Jabatan Kastam dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) yang mengeluarkan sijil kelulusan (COA) untuk import.

Bagaimanapun ujar beliau, kesemuanya mempunyai bidang tugas yang berbeza.

Tetapi kalau kita mahukan penguatkuasaan yang berkesan, mereka perlu duduk satu meja dan bekerja sebagai satu pasukan,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Tuan Ibharim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) berhubung masalah penyeludupan dan penipuan klasifikasi ketika kontena sampai ke pelabuhan.

Tambahnya, bermula bulan ini pengimportan sisa plastik ke negara ini diperketatkan dan dikawal selia oleh MITI serta tertakluk kepada pengeluaran COA oleh Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim).

“Oleh itu, semua syarikat yang terbabit dalam kitar semula plastik perlu berdaftar dengan MITI dan kita akan periksa.

Kalau boleh tiap-tiap tahun kita kena bagi lesen dan setiap kali nak hantar lesen, kita nak tengok akaun yang diaudit,” katanya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast