logo
Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara meningkat kepada AS$120.9 bilion setakat 15 Julai, berbanding AS$120.6 bilion pada 30 Jun.

“Kedudukan rizab ini adalah mencukupi untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan bersamaan 0.9 kali jumlah keseluruhan hutang luar jangka pendek,” kata bank pusat itu dalam satu kenyataan.

Komponen utama rizab tersebut terdiri daripada rizab mata wang asing (AS$107.3 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) (AS$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.9 bilion), emas (AS$4.1 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.3 bilion). -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast