SHAH ALAM – Keadaan di wad zon merah Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dekat sini cemas selepas suis soket di wad itu terbakar, petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, kejadian kira-kira 5 petang itu bagaimanapun tidak membabitkan mangsa serta kerosakan yang teruk.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.13 petang sebelum tujuh anggota bersama jentera Fire Rescue Tender (FRT) digerakkan ke lokasi kejadian.

“Pemeriksaan mendapati kebakaran hanya melibatkan suis soket di wad zon merah HTAR,” katanya dalam kenyataan.

Ahmad Mukhlis berkata, api bagaimanapun dipadamkan oleh pihak hospital sebelum ketibaan bomba dengan anggaran kemusnahan satu peratus dan tidak melibatkan mangsa. -BERNAMA

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast