Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat pengumuman ‘Penghargaan Luar Biasa’ kepada rakyat Malaysia pada pagi ini, Rabu, 23 Julai 2025, sekitar jam 10.30 pagi melalui siaran langsung. Inisiatif ini termasuk Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 secara one-off kepada semua warganegara berusia 18 tahun ke atas, tarikh cuti tambahan sempena Hari Malaysia pada 15 September 2025, serta penurunan harga petrol RON95 kepada RM1.99 seliter.















