Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh beramah mesra bersama warga p-Hailing yang hadir pada Majlis Perasmian Karnival Anak Muda Negeri Melaka di Dataran MITC, Melaka. Foto SADIQ SANI, 04 SEPTEMBER 2026.

MELAKA – Tiga inisiatif Kerajaan Negeri Melaka termasuk peruntukan RM300,000 disambut baik penghantar makanan (p-hailing) yang menyifatkannya sebagai penghargaan terhadap sumbangan golongan berkenaan.

Antara inisiatif yang mendapat perhatian ialah sumbangan RM100 kepada setiap penghantar makanan serta potongan harga bagi perkhidmatan penyelenggaraan motosikal yang dijangka dapat mengurangkan kos operasi mereka.

Seorang penghantar makanan, Muhammad Naim Jamaluddin, 26, berkata, pengumuman Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengenai peruntukan RM300,000 itu amat tidak disangka.

Muhammad Naim Jamaluddin

“Saya rasa sangat gembira apabila setiap penghantar makanan menerima RM100, selain pelbagai lagi inisiatif lain yang diumumkan Ketua Menteri,” katanya.

Beliau ditemui selepas majlis perasmian Karnival Anak Muda Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, di sini malam tadi.

Majlis itu disempurnakan Ab Rauf dan dihadiri lebih 10,000 pengunjung termasuk kira-kira 3,000 penghantar makanan.

Selain peruntukan RM300,000, Ab Rauf turut mengumumkan dua lagi inisiatif khas untuk golongan p-hailing iaitu penambahan pusat istirahat kepada lapan lokasi serta potongan harga perkhidmatan penyelenggaraan motosikal di pusat servis terpilih.

Nor Azizi Jamaluddin

Seorang lagi penghantar makanan, Nor Azizi Jamaluddin, 35, berharap inisiatif berkenaan dapat diteruskan kerana mampu membantu mengurangkan beban golongan p-hailing.

“Datuk Seri Ab Rauf sememangnya sentiasa prihatin terhadap golongan pekerja p-hailing ini dan kita harap semua bantuan ini dapat diteruskan,” katanya.

Sementara itu, penghantar makanan dari Duyong, Muhammad Shahir Nordin, 32, menyifatkan dirinya bertuah kerana bukan sahaja menerima manfaat daripada inisiatif berkenaan, malah turut memenangi hadiah cabutan bertuah.

Muhammad Shahir Nordin

“Selain mendapat inisiatif yang diumumkan oleh Datuk Seri Ab Rauf, saya juga mendapat hadiah cabutan bertuah sebuah topi keledar bernilai ratusan ringgit,” katanya.

Bagi Hakim Irfan Zulkifli, 23, bantuan berkenaan memberinya semangat untuk terus bekerja sebagai penghantar makanan.

Hakim Irfan Zulkifli

“Potongan harga servis motosikal dan sumbangan sebanyak RM100 itu amat dihargai oleh pekerja p-hailing seperti saya,” katanya.

Seorang penghantar makanan wanita, Nur Athira Roslan, 35, pula berkata, potongan harga penyelenggaraan motosikal amat membantu kerana kenderaan merupakan aset utama mereka untuk mencari rezeki.

Nur Athira Roslan

“Semua bantuan itu dapat meringankan beban kos penyelenggaraan yang ditanggung pekerja seperti saya kerana motosikal perlu diservis dua minggu sekali,” katanya.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here