KUALA LUMPUR – Premis Pusat Respon Penipuan Kebangsaan (NSRC) akan berpindah ke Cyberjaya pada September ini.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia akan menjadi dua agensi tambahan yang menyertai pusat tersebut.
“Ini adalah ke arah pengukuhan lagi supaya supaya NSRC dapat beroperasi memenuhi fungsinya,” katanya ketika mengadakan Lawatan Kerja Menteri Dalam Negeri ke Pusat Respon Penipuan Kebangsaan (NSRC) di Sasana Kijang hari ini.
NSRC kini diterajui eh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepenuhnya.
Saifuddin berkata, dalam masa yang sama sebanyak 139 perjawatan akan diisi menerusi penyusunan semula berkenaan, seperti yang telah diluluskan sebelum ini.
“Sementara tren global meningkat (mengenai kes penipuan), (peringkat) domestik kita perkemas seluruh ruang yang jadi tanggungjawab kerajaan.
“Kita sekarang dalam usaha meningkatkan keupayaan NSRC dari segi perjawatan dan penyertaan agensi,” ujarnya.
Sebelum ini, ada beberapa agensi bertanggungjawab terhadap NSRC iaitu Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan PDRM.
Semalam Saifuddin dilaporkan berkata, NSRC telah menerima 500 purata panggilan setiap hari.
Panggilan terbahagi kepasa pertanyaan awam, laporan penipuan dan follow-up aduan terdahulu. – MalaysiaGazette
















