KUALA LUMPUR – Pembangkang hari ini mengemukakan usul merujuk Ahli Parlimen Tambun yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.
Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ia susulan kenyataan Anwar berhubung isu tindakan undang-undang terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersabit kes pulau Batu Puteh.
Jelasnya, kenyataan Anwar yang mana tiada tindakan undang-undang diambil ke atas Dr. Mahathir kerana faktor beliau merupakan bekas Perdana Menteri serta sudah berusia 100 tahun jelas mengelirukan Dewan Rakyat.
“Kuasa siapa untuk menuduh dan mendakwa seseorang? Adakah kuasa Perdana Menteri? Adakah ini satu pengesahan dari Perdana Menteri bahawa beliau campur tangan dalam urusan perundangan?” soalnya pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.
Selasa lalu, Anwar dilaporkan berkata, Kabinet tetap berpendirian bahawa Dr. Mahathir bersalah kerana keputusan beliau sebagai Perdana Menteri pada 2018 yang melepaskan Pulau Batu Puteh dengan begitu mudah kepada Singapura.
Namun menurut beliau, keputusan Kabinet untuk tidak mengambil tindakan undang-undang juga mengambil kira status Dr Mahathir sebagai bekas Perdana Menteri yang umurnya sudah mencecah 100 tahun.
Sementara itu, Takiyuddin mengingatkan yang mana kuasa menentukan pendakwaan ke atas seseorang adalah terletak di tangan Jabatan Peguam Negara.
Sehubungan itu, katanya, tidak ada alasan munasabah untuk Speaker Dewan Rakyat menolak usul yang dibawa oleh pembangkang tersebut memandangkan adalah jelas kenyataan Perdana Menteri berkenaan menunjukkan berlakunya salah guna kuasa. – MalaysiaGazette

















Puak puak PAS bising lagi bila tiada pendakwaan akan dibuat. keatas Tun M..Salakan mereka akan lebih kuat bila kerajaan bersetuju untuk ambil tindakan, tambah pula tiba waktu pendakwaan tiba tiba Tun M, rebah jatuh pengsan dikejarkan ke IJN kerana serangan jatuh..Maka terlonjak lonjak lah SYAITON menari kegembiraan sebab hajat mereka tercapai dan dapat menyalahkan kerajaan. DASAR MANUSIA MUNAFIK.
PAS ni membosankan…muflis idea..cara nak perkukuhkan ekonomi negara ialah tunjuk perasaan…bukan nak bagi idea bernas…setakat tu je laaa otak dia berfungsi…demo boleh makmurkan negara kaa??? pembangkang yg bodoh ni makan gaji buta jaaa
tiba tiba nan adnan melebihi qada dan qadar..anda boleh tahu apa yg akan terjadi..pandainya…shake pulak jenis pandai-pandai..bengap manusia dua ekor tu..